Tuesday 19 November 2013

Villa Nabila Gempar : Budak Hilang Disorok Hantu?

Villa Nabila kecoh dua tiga hari ini kerana dikaitkan dengan kehilangan budak lelaki berusia 16 tahun. 

Villa Nabila memang terkenal hingga ke peringkat luar negara sebagai tempat berhantu. The Washington Post pernah menyenaraikan Villa Nabila sebagai tempat kelima paling seram di Malaysia.

Sejak peristiwa kehilangan budak lelaki itu, ramai media membuat kunjungan ke Villa Nabila. Anggota polis, unit pengesan anjing dan orang ramai yang menggeledah 'rumah hantu' itu tetap tidak menemui budak hilang tersebut.

Malah keluarga budak lelaki itu telah memanggil bomoh untuk melakukan ritual supaya hantu memberi balik budak itu kepada keluarganya. Tetapi tidak berhasil.

Segala teka teki akhirnya terjawab. Selepas tiga hari hilang, budak lelaki itu muncul di depan pintu dengan muka tersengih-sengih. 

Dia memberitahu, sebenarnya dia ke rumah kawan. Bukannya disorok hantu.

Ramai pengguna facebook menyumpah seranah budak lelaki itu kerana kebangangannya, menyebabkan ibu dan anggota polis serta orang ramai telah melakukN perkara bodoh berhari-hari lamanya. 

Boleh pula muncul di depan pintu rumah macam orang tak bersalah.

Kepada adik-adik yang belum baligh, jangan sesekali merisaukan mak bapak ya. Syurga itu di bawah kaki ibu. Kalau ibu kau geram, hah minta maaf la kau nanti tak masuk syurga tahu.... 

Inilah muka budak vangang itu...agak2 nak buat apa dengan budak macam ni ya?


No comments:

Post a Comment